Monday, 22 September 2014

Updated: Status Halal Produk Shaklee

Assalamualaikum :)

Ramai pasti tertanya- tanya tentang status halal produk-produk Shaklee,
alhamdulillah ini bermaksud orang Islam, Melayu kita sekarang sudah peka atas isu kandungan produk dan kepentingan bagi memastikan apa yang kita consume itu Halal dan tidak diragui,

Nak tahu Halal atau tidak, boleh refer sini ya,


Sijil Halal Shaklee yang terbaru
Klik gambar untuk paparan lebih jelas


Islamic Services of America (ISA) tersenarai sebagai salah satu badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh klick direct link di sini : Senarai Badan Islam yang Diiktiraf JAKIM dan di sini: Halal Accreditation (ISA).

Rose juga pengguna pelbagai produk yang ada dipasaran, dan semestinya sebagai seorang Islam, Rose akan teliti isi kandungan dan ke Halalan produk, kerana kita adalah apa yang kita makan :)

Masih banyak produk kesihatan imported dari luar negara, dijual di farmasi-farmasi terkemuka yang diragui status Halalnya, namun atas pemerhatian Rose, masih ramai juga orang Islam kita yang menjadi pengguna tegar produk-produk tersebut, tanpa menyelidik lanjut tentang status Halal.

Produk Shaklee, In Shaa Allah, diyakini Halal, selamat, berkesan dan semulajadi, dan dibuktikan secara terangan melalui sijil Halal yang diiktiraf.

Syarikat ini menjaga kepentingan dan sensetiviti agama kita, jadi gunakanlah tanpa ragu-ragu dan semoga peroleh manfaat melalui teknologi pembuatan supplemen yang hebat ini, In Shaa Allah :)


Consume with confidence!

Ianya HALAL :)




Persediaan Bersalin: Apa Yang Perlu Ada Dalam 'Hospital Bag' Anda?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua :)

Hujung-hujung tahun ni, ramai pulak yang Rose tengok tunggu masa nak bersalin :),

Teringat-ingat pulak masa Rose tunggu hari nak bersalinkan Qalif Umar, untuk mengelakkan kelam kabut, mama dah advise untuk siapkan 'Hospital Bag' masa kandungan Rose masuk 7 bulan (28 weeks), kita tak boleh jangka, kalau-kalau baby tak sabar nak keluar awal kan :)

First baby, eksited betul beli itu dan ini, ada barang yang dari Qalif lahir sampai lah sekarang umur dia nak masuk 4 tahun, tak pakai-pakai pun :), kalau in shaa Allah untuk 2nd baby, Rose akan lebih bersedia dan beli barang yang betul-betul PERLU sahaja :)

Jom tengok apa yang perlu ada dalam beg untuk di bawa ke hospital bagi tujuan bersalin,




MOMMY'S

1. Rekod Kesihatan Ibu
Monthly-checkup card a.k.a kad merah
2. Kad Pengenalan
3. Handphone & charger
4. Baju butang depan - 1 helai
Untuk dipakai waktu discharge dari hospital. Butang depan supaya senang untuk breastfeed baby
5. Stokin - 2 pasang
6. Kain batik - 1 helai
Utk discharge dari hospital
7. Tudung
8. Towel & toiletries
9. Bahan bacaan
10. Maternity pad & disposable briefs
11. Selipar
Untuk dipakai ke tandas
12. Air/minyak selusuh
13. Minyak angin / minyak panas
Boleh disapu di kaki sebelum memakai stokin untuk mengelakkan terlalu sejuk
14. Air zam zam
15. Foods & drinks
Air masak, air kotak, milo, biskut, roti etc.
16. Termos air panas
17. Beg plastik
Untuk diisi baju kotor
18. Sikat, deodorant, cermin muka, getah rambut, tisu dan yang sewaktu dengannya
19. Nursing bra & nursing pad
20. Breast pump
Boleh digunakan untuk merangsang pengeluaran susu. Tapi sebaik-baiknya bagi baby yang rangsang
21. Sweater
22. Beg khas
Untuk bawa pulang uri yang telah dibungkus oleh pihak hospital

DADDY'S

1. Kamera & charger
2. Shirts, pants, & undergarments
3. Berus gigi
Toiletries lain boleh kongsi dengan isteri
4. Kain pelikat
5. Snacks

BABY'S

1. Newborn-sized diapers - 10 keping
2. Baju, mittens, booties - 3 pasang
3. Topi
To keep baby feeling secured and warm
4. Barut - 3 helai
5. Kain bedung
6. Selimut
7. Towel & toiletries
8. Baby wipes
9. Minyak telon
To keep baby warm
10. Burp clothes

Senarai ni sebagai guideline sahaja :), macam Rose tak bawak breastpump ke hospital sebab memang niat nak baby yang stimulate susu tu, direct BF,

Semoga dapat membantu serba sedikit mommies yang dah dekat sangat tarikh bersalin, doa banyal-banyak, zikir, semoga dipermudahkan proses jihad kita :)

Bestttnyaaaa nak dapat baby!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...